Thursday 19 January 2023

KEMPEN HIDUP TANPA MEROKOK

 
Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada setiap 31 Mei di seluruh dunia, menuntut kerajaan melalui agensi bertanggungjawab, NGO, pihak media dan masyarakat secara keseluruhannya perlu berganding bahu menyokong usaha, kempen dan gerakan antimerokok di seluruh negara.
 
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Ini merupakan perluasan pewartaan di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.
 
Sebanyak 23 tempat larangan merokok telah diwartakan:
- Di mana-mana kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
- Di mana-mana kawasan awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
- Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak
- Dalam mana-mana kawasan premis kerajaan
- Dalam mana-mana menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi, dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri
- Di dalam mana-mana lapangan terbang
- Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater, kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino
- Di dalam mana-mana kawasan hospital atau klinik
- Di dalam mana-mana lif atau tandas awam
- Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
- Di dalam mana-mana tempat kerja yang berhawa dingin dengan satu sistem hawa dingin berpusat
- Di dalam mana-mana bas sekolah
- Di mana-mana kawasan kafe internet
- Di mana-mana kawasan perpustakaan
- Di mana-mana kawasan tempat latihan khidmat negara
- Di mana-mana kawasan stesen minyak
- Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman
- Di mana-mana kawasan stadium, komplek sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
- Di mana-mana kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
- Di mana-mana tingkat yang mempunyai kuanter perkhidmatan di dalam bangunan
- Di mana-mana di kompleks membeli-belah
- Di mana-mana bangunan atau tempat permainan kanak-kanak atau taman
- Semua premis makanan, termasuk tempat makan terbuka
 
Jika didapati bersalah dan disabitkan, maka denda tidak melebihi RM10,000 boleh dikenakan atau hukuman penjara tidak melebihi tempoh dua tahun boleh dijatuhkan oleh mahkamah.
 
Denda dan hukuman yang lebih tinggi hendaklah dikenakan sekiranya berlaku penyelewengan, manipulasi harga dan penyalahgunaan rokok di samping penerapan kaedah kaunseling dan kempen kesedaran nilai murni kepada perokok tegar bagi mengekang tabiat ketagihan ini di negara kita.
 
Kaedah perubatan dan pemulihan moden serta tradisional bagi mengurangkan ketagihan dan menyekat aktiviti negatif ini perlu dipertingkatkan lagi melalui kajian dan R&D di bawah seliaan dan bantuan dana penyelidikan kerajaan dan pihak swasta.
 
Inovasi dan penciptaan ubat penawar kepada masalah ini amat perlu dilaksanakan segera. Pengalaman dan kaedah komprehensif negara maju seperti AS dan Eropah yang berjaya membasmi serta mengurangkan aktiviti penagihan ini hendaklah dipelajari dan diberi perhatian oleh semua pihak.
 
Kerajaan mengambil beberapa langkah untuk membendung tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia, seperti menaikkan tarif produk tembakau dan larangan penjualan paket kecil 14 batang rokok dan kurang.
 
Turut diharamkan ialah iklan dan poster rokok di tempat awam termasuk kedai kopi dan pasar mini, di samping tidak membenarkan syarikat tembakau menaja kejohanan bola sepak sejak 2004 dan perlumbaan Formula One (F1) sejak 2005.

No comments:

Post a Comment