Sunday, 7 August 2022

HILANG KUASA AKIBAT BERBALAH SESAMA SENDIRI

Bangsa Melayu akan kehilangan kuasa akibat berpecah. Itu fakta yang tercatat dalam prinsip kuasa. Berpecah bermaksud lemah. Apabila lemah, akan hilang kuasa.  

Kegagalan mengambil pengajaran daripada sejarah silam hanya akan menyebabkan kita mengulangi kesilapan, kegagalan, dan kemunduran yang pernah dilalui generasi terdahulu. Amat dibimbangi bahawa kemusnahan yang perlu ditanggung akibat daripadanya adalah lebih besar dan lebih memudaratkan.

Betapa hebat kita bergaduh sesama sendiri hanya kerana untuk satu perkara yang dianggap hak dan milik. Mengapa kita tidak ambil pengajaran bahawa perbuatan itu akan melemahkan orang Islam.

Jika keadaan itu berterusan, kedudukan umat Islam akan lemah biarpun ada pihak yang mengaku beroleh kemenangan.

Itulah kisah Pak Kadok menang sorak kampung tergadai. Bersorak beroleh sedikit kemenangan, tetapi tidak sedar nasib bangsa dan agama tergadai akibatnya.

No comments:

Post a Comment