Thursday, 10 June 2021

KHASIAT POKOK BUAH ANONA

Pokok anona banyak ditanam di kawasan laman rumah. Pokok anona juga dikenali pokok nona. Di Indonesia ia lebih dikenali pokok sri kaya.

Pokok anona berasal dari benua Amerika Selatan, khususnya dari kawasan Brazil. Ia sesuai dengan cuaca tropika di negara kita Malaysia.

Buah nona memang unik dan eksotik. Pokok anona boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan, selain buah yang enak dimakan.

Bahagian daun annona ini yang berasa pahit dan sangat kelat boleh digunakan untuk mengubati rheumatik, batuk, demam, masaalah cacing dan beberapa masaalah kesihatan lain.

Cara dengan mengambil daun annona kemudian dikisar dan diminum airnya atau merebus dahulu kemudian meminum airnya.

Buah nona yang masih muda didakwa kaya dengan zat dikenali sebagai tannin yang mana ia adalah zat sangat sesuai untuk digunakan sebagai bahan untuk mengubati masaalah cirit birit.

Bahagian akar pula memiliki banyak kandungan unsur seperti borneol, flavonoida, camphor alkoloid dan lainnya. 

Justeru, ia sesuai digunakan sebagai anti radang, mampu untuk mengurangkan tekanan (anti depresion), menagatsi masaalah sembelit dan penyakit sakit dalam tulang.

Kandungan khasiat buat anona dikatakan amat baik untuk pesakit lelah atau asma. Ia juga baik diamalkan untuk mencegah penyakit berkaitan jantung.

Buah nona juga didkwa sangat bagus diambil oleh wanita hamil. Ini disebabkan kandungan zat permakanan atau nutrisi yang tinggi vitamin ternyata mampu membantu pertumbuhan janin pada fasa iaitu perkembangan proses bayi.

Buah nona amat bagus untuk sistem pencernaan. Kandungan bahan serat yang tinggi dapat membantu melancarkan pencernaan yang mengalami pencernaan yang tidak bagus.

Buah ini juga akan mengawal tekanan darah kerana ada kandungan bahan potagen dan mineral magnesium dalam buah nona ini didakwa mampu membuat dan mengawal tekanan darah agar menjadi normal.

Buah nona didakwa mampu untuk menurunkan kadar kolesterol sebab bahan niasin yang terdapat dalam buah ini. Niasin adalah bahan yang dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

No comments:

Post a Comment