
Kita sering menulis ‘caption’ untuk menjelaskan mengenai sesuatu gambar yang disertakan di media maya. Tanpa ‘caption’ gambar itu tidak menarik kerana sukar untuk mengetahui mengenai gambar berkenaan.
Perkataan
‘caption’ adalah dalam bahasa Inggeris. Namun perkataan itu sudah biasa
digunakan dalam bahasa Malaysia.
Sebenarnya,
perkataan ‘caption’ telah diterima dalam bahasa Malaysia, tetapi ejaannya
adalah ‘kapsyen’.
Perkataan
kapsyen bermaksud keterangan gambar, lukisan, rajah dan lain-lain yang pada
umumnya kapsyen dicetak atau ditulis di sebelah bawah gambar atau ilustrasi
yang berkenaan.
Kapsyen gambar - Buah mempelam harum manis mendapat sambutan pengunjung luar negeri Perlis.
No comments:
Post a Comment