Kita
perlu terus berjalan untuk mencari kebaikan sehingga tiba masa bertemu dengan Maha
Pencipta. Sepanjang perjalanan, kita akan sentiasa bertemu dengan persimpangan yang
memerlukan kita membuat pilihan dan keputusan yang berat dan memerlukan
pengorbanan.
Pada
saat begitu dongaklah ke atas, merintihlah kepada Allah. Pohon petunjuk dan
pedoman, agar tidak silap dalam membuat pilihan.
Seandainya
ayah bonda masih ada, mintalah pandangan mereka. Walau apa yang mereka sarankan
kurang tepat, bukan itu yang jadi keutamaan. Tetapi keikhlasan yang brsalut
kasih sayang mereka yang mungkin nanti memberi ketenangan untuk kita mencari
keputusan yang paling terbaik.
Ketika
masih keliru membuat pilihan, pandanglah di sekeliling. Carilah petanda yang
boleh dijadikan pedoman. Bertanyalah jua kepada mereka yang di samping. Kerana
dalam banyak hal, pandangan banyak lebih baik dari pandangan 1 akal.
Dan
juga tiada siapa yang pernah tahu kadang-kadang Allah datangkan ilham melalui
orang lain yang kita tidak pernah pun pandang.
Sekiranya
masih gagal membuat pilihan, teruslah memasuki mana-mana simpang dengan tawakal
hanya kepada Allah. Apa yang penting, kita tidak boleh terus berada di persimpangan.
Perjalanan mesti diteruskan.
No comments:
Post a Comment