Thursday 18 March 2021

BEKALAN HIDUP AKHIRAT PERLU LEBIH DIUTAMAKAN

Sesungguhnya, setiap apa yang dilakukan tetap mendapat pembalasan setimpal. Allah SWT menjadikan hidup di dunia bukan sia-sia atau secara main-main, tetapi ada tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh manusia. 

Allah SWT berfirman bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu sia-sia saja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? (Surah al-Mukminun, ayat 115)

Kita dituntut untuk berusaha mencari kehidupan yang terbaik di dunia ini dari segi kedudukan, kekayaan, penghormatan, keilmuan, kesihatan dan sebagainya. Namun, setiap perkara yang dilakukan itu perlu menepati apa yang ditetapkan oleh agama agar ia juga memberi kebaikan untuk kehidupan di akhirat yang lebih penting.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?." (Surah Yusuf, ayat 109)

Sesungguhnya, sebagai hamba kepada Allah SWT, hendaklah kita tunduk patuh kepada apa yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambah aman mereka dan kepada Tuhan merekalah mereka bertawakal. (Surah Al-Anfal, ayat  2)

Jika banyak melakukan perkara disuruh dan meninggalkan perkara dilarang, insyaalah di akhirat nanti menjadi penghuni syurga. Sebaliknya, neraka menjadi tempat bagi mereka yang hidupnya bergelumang dengan dosa.

Semestinya setiap muslim perlu berusaha untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin dan menghindarkan daripada dosa untuk bekalan di akhirat.
  
Manusia sering dilalaikan daripada melalukan kebaikan disebabkan terlebih mengejar kebahagiaan hidup di dunia. Sedangkan hidup di dunia hanya sementara, dan di akhiratlah kekal abadi.

Jika banyak melakukan perkara disuruh dan meninggalkan perkara dilarang, insyaalah di akhirat nanti menjadi penghuni syurga. Sebaliknya, neraka menjadi tempat bagi mereka yang hidupnya bergelumang dengan dosa.

Semestinya setiap muslim perlu berusaha untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin dan menghindarkan daripada dosa untuk bekalan di akhirat. Melakukan apa disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang adalah pahala.

No comments:

Post a Comment