Sesuatu yang ditetapkan untuk mencegah mudarat
wajib dipatuhi. Perintah kawalan pergerakan adalah bertujuan untuk mencegah mudarat,
maka ia wajib dipatuhi dan dilaksanakan. Mengapa perintah itu wajib dipatuhi. Baca
sampai habis untuk memahaminya.
Kita ambil pengalaman dan pengajaran apa yang
berlaku di Itali. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita
lalui.
Sejujurnya, hingga kini Itali masih belum
berjaya mengawal virus ini. Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan 3500 kes
Covid-19 yang baru. Jumlah semasa di negara mereka 31,506 kes.
Ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak
kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini.
Hari ini (18 Mac 2020), hari pertama Kawalan
Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan, masih ada kedai makan yang buka pagi
ini dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan.
Hari ini, di KL kebanyakkan taman taman dah
di tutup oleh pihak DBKL. Tapi, uncle uncle dan auntie auntie di KL berpusu
pusu ke Bukit Kiara untuk ‘bersenam’ dan aerobic di sana.
Di banyak tempat, banyak geng muda hari ni
yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya.
Hari ini juga, ramai orang muda dari Kuala
Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di
Malaysia telah sampai di kampung halaman masing masing. Mereka menggunakan
kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk ‘bercuti’ di kampung dengan
ibu bapa tersayang.
Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah
memerintahkan Kawalan Pergerakan. Saya rasa RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK
FAHAM apa yang dimaksudkan.
Kita hanya akan sedar betapa serius masalah
ini bila kita baca artikel ini atau bila kita melalui sendiri.
Di Itali, seorang rakyatnya telah berkongsi
situasi yang dilalui oleh mereka menghadapi Covid-19. Jaso Yonowitz telah
menulis 6 Fasa Covid-19 yang dilalui rakyat Itali.
Penulisan beliau di Twitter mendapat jumlah
Re-tweet yang sangat tinggi.
Saya tulis balik 6 Fasa yang dilalui oleh
mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita lalui.
Fasa 1
- Ramai orang mula tahu dan dengar mengenai
penyakit berjangkit Covid-19 di Wuhan China. Tapi sebab ia berlaku di luar
negara, ramai tak ambil soal sebab merasakan ia tidak penting.
- Tiba tiba, ‘kes pertama Covid-19’ sampai ke
negara. Ini adalah permulaan kepada sebuah penderitaan yang berpanjangan.
- Di Malaysia kes pertama dikesan pada 25
Januari 2020.
- Pada waktu ini, pihak berkuasa mengatakan
keadaan masih terkawal dan rakyat diminta untuk tidak panik.
- Di luar negara, terutama di China, jumlah
peningkatan tersangat banyak dan mengejutkan. Ia seperti tidak dapat dikawal.
- Tapi di negara kita, bilangan kes semakin
bertambah. Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China.
- Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan pada
waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China.
- Ia situasi yang sama dihadapi oleh Itali
pada peringkat awal. Kita dah lalui fasa ini.
Fasa 2
- Jumlah pesakit semakin meningkat. Makin
ramai pelancong yang datang ke negara telah pun mendapat jangkitan Covid-19
dari negara asal. Cuma kesan dirasai ketika melancong.
- Ada juga rakyat Malaysia yang ke luar
negara dan terkena jangkitan di luar negara membawa balik virus itu ke Malaysia
tanpa sedar.
- Pada peringkat ini, ada Menteri yang bijak
mengatakan “Covid-19 tidak memberi kesan ekonomi terhadap Malaysia”.
- Disebabkan Covid-19 penyakit berjangkit,
pihak kerajaan mula menjejaki mereka yang pernah ada hubungan dengan pesakit yang sudah disahkan. Mereka
yang ada ‘contact’ diminta untuk membuat pemeriksaan.
- Dalam masa yang sangat cepat, penyakit mula
berjangkit kepada rakyat tempatan.
- Waktu ini, pihak berkuasa mula mengarahkan
Self Quarantine terhadap mereka yang close contact dengan pesakit.
- Syarikat yang staf mereka didapati positif
mula ‘menutup’ bangunan dan meminta staf bekerja dari rumah untuk kerja kerja
pembersihan.
- Makin ramai pelancong dari China yang
datang ke negara disahkan positif. Kerajaan terpaksa buat keputusan untuk
‘tidak menerima kapal terbang dari Wuhan dan bandar yang terjejas teruk dengan
Covid-19 dari China.” Atas dasar ekonomi, pelancong dari tempat lain di China
masih boleh datang ke Malaysia.
- Waktu ini, peringatan demi peringatan
diberikan kepada rakyat Malaysia.
10.Tapi, hidup berjalan seperti biasa.
Meeting berjalan seperti biasa. Kedai semua di buka seperti biasa. Kerja seperti
biasa.
- Namun, bilangan pesakit semakin bertambah.
- Fasa ini lebih kurang sama yang dilakukan
oleh kerajaan Itali dan kerajaan Malaysia. Fasa ini juga telah kita lalui.
Fasa 3
- Tiba tiba jumlah peningkatan pesakit
meningkat mendadak. Kes sudah berjangkit di kalangan penduduk tempatan.
Malaysia sekarang berada di Fasa Ketiga ini.
- Hospital semakin dipenuhi dengan pesakit
dan juga mereka yang dikuarantin. Pemeriksaan Covid-19 terpaksa di lakukan ke
atas ribuan suspek.
- Pihak pegawai kesihatan mula keletihan
kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat pesakit dengan pakaian
keselamatan yang kurang selesa.
- Negara mula mencatatkan kematian atas kes
terdahulu.
- Di Itali, Covid 19 hanya serius di 1/4 dari
keseluruhan bandar bandar utama sahaja. Untuk itu, pada peringkat awal kerajaan
menyisytiharkan penutupan sekolah, komuniti dan tempat kerja di 4 bandar utama
ini.
- Waktu ini, restoran, kerja kerja penting
masih dibuka seperti biasa.
- Sewaktu pengisytiharan KAWALAN PERGERAKAN
di bandar bandar ini, hampir 10,000 rakyat Itali di Kawasan yang dijangkiti
penyakit ini telah ‘pulang’ ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga
mereka di bandar bandar yang kurang dijangkiti penyakit.
- Ini kesilapan besar yang dilakukan oleh
rakyat Itali. Mereka telah keluar dari tempat wabak dan menjadi punca untuk
tersebar penyakit di tempat lain.
- Arahan pihak kerajaan untuk kekal di rumah
masing masing diabaikan. Sebaliknya mereka ‘balik’ kampung dan ‘lari’ dari
tempat wabak.
- Ketika ini, di sosial media, di televisyen,
di whatsapp, ramai orang berkongsi mengenai Covid-19 ini. Semua orang baca,
tapi tak ramai yang ambil serius.
- Situasi di Itali, sama seperti yang berlaku
di Malaysia. Kerajaan melalui MKN memutuskan untuk Kawalan Pergerakan bermula
18 Mac – 31 Mac 2020. Tempoh kawalan selama 14 hari. Matlamat kerajaan adalah
untuk memastikan orang ramai kekal di dalam rumah dan mengurangkan aktitivi
berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Semua masjd dan surau serta rumah
ibadah ditutup sepanjang tempoh ini.
- Namun, apa yang berlaku malam tadi amat
menyakitkan. Kita mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Itali. Kesilapan
terbesar mereka kita lakukan.
- Malam tadi, ramai penduduk di Kuala Lumpur
pulang ke kampung halaman masing masing untuk ‘bercuti’ dengan keluarga di
kampung. Anda boleh tengok, di lebuh raya menuju ke Kelantan di Gombak, plaza
tol sesak teruk. Di TBS para pelajar berpusu pusu balik ke kampung setelah
mendapat arahan dari pihak atasan untuk mengosongkan asrama. Di KL Sentral
keretapi ke semua arah penuh. Di lebuh raya utara selatan malam tadi jammm.
Belum dikira di balai polis malam tadi penuh disebabkan rakyat nak mohon untuk
travel keluar daerah.
- Tanpa kita sedar, mereka yang tinggal di
Kuala Lumpur yang mempunyai rekod pesakit yang tinggi di sana telah balik ke
kampung halaman masing masing di seluruh negara.
- Bayangkan, betapa tinggi risiko sedang
dihadapi oleh ibu bapa dan sedara mara di kampung yang masih sihat.
- Malaysia sekarang berada di fasa ini. Lebih
kurang 2 minggu lepas, Itali berada di fasa ini.
Fasa 4
- Di Itali, pada fasa ini. Peningkatan kes
baru meningkat ribuan kes setiap hari. Keadaan semakin tidak terkawal.
- Semua sekolah dan universiti di seluruh
Itali diperintah tutup.
- Di hospital, bilangan doktor dan jururawat
tidak mencukupi. Mereka terpaksa memanggil doktor yang telah pencen untuk
membantu. Tidak kurang, mereka memanggil pelajar jurusan perubatan dan kejururawatan
di tahun akhir untuk membantu di lapangan.
- Mereka bekerja tanpa mengira shift. Ada
yang bekerja lebih dari 24 jam kerana kekurangan kaki tangan dan bilangan
pesakit yang bertambah.
- Ada di antara mereka yang memakai pampers
di dalam pakaian mereka. Mereka tiada masa untuk ke tandas sebab setiap kali
dibuka pakaian keselamatan itu, merekta terdedah dengan virus ke badan mereka.
- Itali sudah sampai ke fasa ini.
Fasa 5
- Ingat 10,000 rakyat Itali yang ‘melarikan’
diri ke kampung halaman masing masing untuk bercuti dengan keluarga. Nak jumpa
ibu bapa mereka.
- Kesan mula terasa. Seperti ada satu
gelombang yang besar. Selepas 10 hari mereka sampai di kampung halaman, virus
Covid 19 tersebar secara meluas di seluruh Itali.
- Ibu bapa mereka mula dijangkiti virus ini.
Contact contact yang mereka buat di kampung juga turut terlibat. Rakan rakan
yang mereka jumpa di kampung mula sakit.
- Kes meningkat lagi sekali secara mendadak.
- Sudah ada doktor dan jururawat yang
terjangkit dengan virus ini.
- Hospital sudah penuh. Mereka terpaksa
merawat pesakit di gudang, di stor, di khemah.
- Bilangan pesakit yang kronik terutama dari
kalangan warga emas mula mengalami masalah pneumonia. Mereka perlukan bantuan
pernafasan. Tapi bilangan tangki oksigen tidak mencukupi. Doktor terpaksa
memilih, siapa yang perlu diselamatkan dan siapa yang akan mati. Keutamaan
diberi kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik.
Mereka yang sakit teruk, terpaksa dibiarkan mati.
- Para doktor dan jururawat yang keletihan
mula buat video memohon rakyat untuk betul betul lockdown di rumah.
- Di Malaysia, jikalau yang balik kampung
malam tadi mula menjadi penyebar Covid-19, kesan akan mula dirasai pada 1 April
nanti.
- Pada fasa ini, masalah di Itali masih belum
selesai.
Fasa 6
- Peningkatan kes baru di seluruh negara
meningkat mendadak. 3 hari terakhir, jumlah kes baru melebihi 3000 kes setiap
hari.
- Akhirnya, 12 Mac lepas, kerajaan Itali
mengarahkan TOTAL LOCKDOWN DI SELURUH NEGARA.
- Mana mana individu yang keluar rumah perlu
ada Certificate untuk keluar dengan tujuan yang amat perlu.
- Siapa yang didapati salah, keluar dari
rumah tanpa alasan yang kukuh di denda 206 EURO.
- Hanya dibenarkan keluar untuk beli makanan
atau ke ke hospital sahaja.
- Selepas perintah berkurang ni dimulakan 6
hari, kini baru pengasingan sepenuhnya berjaya dilakukan di seluruh Itali.
Mereka yang sakit tidak akan menyebarkan penyakit ke luar. Tapi, kesan
penurunan hanya akan dapat di lihat selepas 14 hari.
- Sebab itu, sekarang kes baharu setiap hari
adalah 3000. Ia kesan daripada SIKAP RAKYAT ITALI terdahulu yang tak serious
mengikuti peraturan yang kerajaan sediakan.
- Jika dilihat di China, kes baharu setiap
hari dah turun secara mendadak. Ini disebabkan kerajaan China sudah
mengeluarkan perintah LOCKDOWN secara tegas
- Belajarlah dari kesilapan rakyat Itali.
- Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang
ke kampung halaman, jangan seronok sangat. Jangan ingat anda bebas dari
Covid-19.
- Semoga kita bukan penyebab kematian ibu
bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka.
- Jika dah balik ke kampung, elaklah bertemu
dengan rakan rakan, jiran jiran. Lock downlah di rumah masing masing.
- Jaga anak anak, elakkan anak anak dari
berjalan merata rata.
- Berdoalah sama sama, solat hajat, solat
taubat, minta Allah mudahkan urusan kita.
Satu jer saya nak pesan, "Elak terkena
jangkita Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari
baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk
kita. So, berhati hatilah...."
Mohon SHARE. Biar Ramai Orang Faham Apa Yang
Bakal Terjadi Kalau Kita Tidak Berubah
Catatan oleh
Mohd Firdaus Mat Saad
Salin dan tampal.
No comments:
Post a Comment