Pengorbanan tentera di Terumbu Layang-Layang. Berikutan pengisytiharan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)
Malaysia pada 20 September 1979, kabinet telah mengarahkan agar kajian
dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu
karang yang berada dalam lingkungan ZEE Malaysia.
Tindakan itu penting bagi mengukuhkan tuntutan
Malaysia di Kepulauan Spratly yang berada berhampiran perairan Sabah.
Melalui arahan kabinet itu, kajian terperinci telah dilakukan oleh Rejimen Asjar
Jurutera Diraja (RAJD). Kajian mendapati hanya beberapa terumbu yang sesuai
untuk dijadikan petempatan.
Bermula 21 Jun 1980, satu tugu pertama dibina. Ia menjadi sejarah bermulanya
pembinaan Stesen Lima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu
Layang-Layang, yang kemudian dikenali Pulau Layang-layang.
Terumbu Layang-Layang terletak kira-kira 162 batu nautika dari Kota Kinabalu
merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.
Empat lagi terumbu dikawal oleh TLDM iaitu Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani,
Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.
Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) menghantar anggota daripada Rejimen Gerak Khas (RGK)
untuk menduduki Terumbu Layang-layang sebagai tanda penguasaan secara
mutlak.
Kumpulan pertama seramai 11 anggota mendarat dan
menduduki Terumbu Layang-layang secara tetap pada awal Mei 1983,
tanpa sebarang kemudahan infrastruktur.
Poncho digunakan sebagai khemah untuk tempat tinggal. Semasa air pasang,
kawasan kering hanya berukuran lebih kurang 12 meter panjang kali 2
meter lebar,
Sering terjadi apabila cuaca buruk, air laut akan masuk ke dalam khemah semasa
anggota sedang tidur dan membasahi pakaian dan peralatan.
Makanan yang dibawa adalah ‘pack rations’ dan air tawar dibawa dalam
‘jerry can’. Kerana kesulitan bekal ulang, air tawar hanya digunakan untuk
minum dan memasak.
Untuk mandi dan mencuci, air laut digunakan sepenuhnya. Hujan yang turun satu
nikmat, di mana akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota untuk mandi dan
sebagainya.
Memancing dilakukan anggota yang tidak bertugas bagi mendapatkan ‘rangsum
segar’.
Disebabkan ketiadaan infrastruktur, anggota melakukan tugas pemerhati
(observation post) di atas batu karang yang berada di sekitar kawasan
khemah.
Semasa air pasang, anggota perlu mengharungi air laut untuk merapat ke tempat
tugas di atas batu-batu karang tersebut.
Ada kalanya mereka terpaksa mengharungi air laut hingga ke paras dada di dalam
gelap untuk ke tempat tugas di atas batu.
Pada siang hari, anggota terdedah kepada panas terik matahari dan pada malam
hari mereka terdedah kepada tiupan angin kencang Laut China Selatan tanpa
sebarang perlindungan.
Kini kawasan tersebut bukan sahaja selamat dan selesa untuk didiami dengan pembinaan bangunan kekal dan perlbagai kemudaha, termasuk landasan terbang yang berukuran 1,367 meter panjang dan 28 meter lebar.
Begitu besar pengorbanan mereka untuk menjamin kedaulatan negara.
Kredit pemilik gambar


No comments:
Post a Comment