Secara umumnya, Identiti Digital (ID Digital)
adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan
merujuk kepada sumber tunggal yang sahih berdasarkan ciri-ciri biometrik
seperti cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografik seperti nama
dan lain-lain bagi digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan digital yang
selamat, terjamin dan terlindung.
ID Digital Nasional memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.
Dengan adanya ID Digital Nasional orang
ramai boleh mengakses dan melakukan pelbagai transaksi tanpa perlu mengingati
pelbagai ID pengenalan dan kata laluan.ID Digital Nasional tidak akan
menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melengkapinya
sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara
digital.
Pelaksanaan ID Digital Nasional bermanfaat kepada rakyat, komuniti bisnes dan Kerajaan dalam aspek menyokong perkhidmatan digital yang lebih efisien dan terpercaya (trusted digital services).
Selain daripada itu, perlaksanaan ID
Digital Nasional kelak dijangka bakal menggalakkan inovasi dalam penyampaian
perkhidmatan bagi penambahbaikan kualiti kehidupan rakyat. Ia juga
dijangka memberi tambah nilai kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi digital
merentasi pelbagai sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan awam, kewangan,
e-dagang, e-dompet, e-kesihatan serta lain-lain.
ID Digital Nasional juga membolehkan rakyat
mendapatkan perkhidmatan tanpa sempadan tempat dan masa. Ianya lebih diperlukan
pada masa kini akibat kesan pandemik Covid-19 bagi menyokong berlangsungnya
perlaksanaan kerja, pembelajaran, transaksi serta lain-lain aktiviti secara dalam
talian mahupun tanpa sentuh (contactless) dalam menjalani norma baru.
ID digital telah dilaksanakan oleh kerajaan di beberapa negara seperti di United Kingdom, Estonia, Kanada, India dan lain-lain. Ianya telah memudah cara orang awam di negara–negara tersebut mengakses perkhidmatan serta melakukan transaksi dalam talian dengan mengesahkan identiti diri mereka menggunakan identiti digital.
Antara transaksi yang boleh
dilaksanakan oleh rakyat di negara seperti Estonia dengan identiti digital
contohnya adalah membuka akaun tanpa perlu hadir secara fizikal di bank untuk
membuktikan identiti, melakukan konsultasi dengan doktor dan mendapatkan
preskripsi ubat-ubatan dalam talian melalui akses kepada rekod kesihatan, melakukan
transaksi penyewaan hartanah, mengundi dalam talian, e-pembelajaran dan
lain-lain.
MCMC telah diberikan mandat oleh Kabinet menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melaksanakan kajian komprehensif bagi membangunkan satu Rangkakerja Identiti Digital Nasional.
Pelaksanaan kajian tersebut bertujuan
mengenal pasti hala tuju dan keperluan untuk menyediakan Rangkakerja Identiti
Digital Nasional di mana rundingan awam merupakan antara aktiviti libat rurus
bagi kajian ini.
Rundingan Awam ini bertujuan memperolehi maklum
balas daripada orang awam dan pihak berkepentingan sebagai input dalam
menyiapkan cadangan Rangka Kerja ID Digital Nasional.
SUMBER
ID Digital Nasional memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.
Pelaksanaan ID Digital Nasional bermanfaat kepada rakyat, komuniti bisnes dan Kerajaan dalam aspek menyokong perkhidmatan digital yang lebih efisien dan terpercaya (trusted digital services).
ID digital telah dilaksanakan oleh kerajaan di beberapa negara seperti di United Kingdom, Estonia, Kanada, India dan lain-lain. Ianya telah memudah cara orang awam di negara–negara tersebut mengakses perkhidmatan serta melakukan transaksi dalam talian dengan mengesahkan identiti diri mereka menggunakan identiti digital.
MCMC telah diberikan mandat oleh Kabinet menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melaksanakan kajian komprehensif bagi membangunkan satu Rangkakerja Identiti Digital Nasional.
No comments:
Post a Comment