Friday, 3 June 2022

PCAK BANTU ASNAF DI PULAU TONGKANG

 
Jika ada khabar mengenai kesusahan dialami asnaf, Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) akan berusaha untuk membantu. Perjalanan kali ini menaiki kereta dan kemudian bot. Naik bot agak jauh juga. Kena melepasi 99 buah pulau sebelum sampai di Pulau Seratus. Nasib tidak kena naik tongkang (sejenis perahu besar untuk mengangkut barang).

Kalau ikut jadual asal memang kena mendarat di Pulau Tongkang, bersebelahan dengan Pulau Seratus. Namun ‘penguasa pulau’ kata cukuplah sampai di Pulau Seratus sahaja.

Misi kali ini untuk menyerahkan set dapur gas dan keperluan lain kepada salah seorang penerima dari Pulau Tongkang.

Dapur keperluan asas. Tanpa dapur bagaimana hendak memasak. Sekarang ini dapur kayu sudah tidak digunakan. Mana hendak cari kayu api dan tungku hendak memasak.

Maka tiada pilihan, wakil PCAK perlu bergerak segera ke Pulau Seratus sebagai tempat pertemuan dengan penduduk berkenaan dan menyerahkan set dapur dan barang keperluan.

Terima kasih kepada Roslan Ismail yang menjadi individu penghubung dan membantu penyerahan tersebut.  

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment