Branda Sungai berada betul-betul bersebelahan Jeram Ibol yang cantik lagi bersih dan betul-betul tepi jalan laluan A6 Sumpitan – Ijok.
Mula
dibuka pada 13 Mei 2022, Branda Sungai menyediakan pengalaman yang menarik bagi
tetamu yang menginap di sini. Amat sesuai untuk santai bersama keluarga dan
rakan-rakan sambil menikmati keindahan alam yang mempersona di Lenggong, Perak.
Paling
menarik di sini juga terdapat kedai makan, Rumah Makan Rusa Lenggong yang
menyajikan menu istimewa iaitu daging rusa, ikan patin dan ikan tilapia hasil
ternakan tempatan yang diusahakan oleh orang kampung.
No comments:
Post a Comment