Nafsu
ada dua sifat iaitu membawa kebaikan (mahmudah) dan mendorong melakukan
keburukan (mazmumah). Kedua-dua jenis nafsu ini saling menguasai diri
seseorang.
Jika
mahmudah yang lebih kuat, maka kebaikan yang lebih banyak dilakukan. Sedangkan
jika mazmumah yang lebih berkuasa, maka terjelmalah keburukan dan durhaka lebih
banyak
dilakukan.
Sifat
mahmudah dan mazmumah dalam diri manusia lahir dari kebiasan yang diamalkan. Ia
berkait rapat dengan tahap keimanan. Mereka yang benar-benar bertakwa kepada
Allah akan menjauhkan segala sifat tercela, kerana mereka sedar apa yang
dilakukan di dunia ini akan menerima pembalasan di akhirat kelak.
Sesunguhnya
manusia berdepan dengan musuh yang akan sentiasa mengajak melakukan keburukan
dan penderhakaan terhadap Allah. Musuh yang dimaksudkan ialah syaitan.
Firman
Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu. Maka itu
musuhilah dia, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongan yang
terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka." (surah Fathir, ayat
6).
Demi
cita-cita menyesatkan manusia, syaitan akan menyusup dan menyelinap dalam semua
aktiviti kehidupan manusia. Semua golongan tidak kira beriman atau tidak, kaya
atau miskin, cedik atau bodoh, kuat atau lemah, alim atau jahil dan tua atau
muda tidak terkecuali didampingi oleh syaitan.
Perlu
ditegaskan, syaitan yang wajib dijauhi bukan saja berupa dalam bentuk kejadian
asalnya yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia biasa.
Malah,
syaitan juga datang dalam bentuk manusia biasa yang hidup di alam nyata, yakni
manusia yang telah terpengaruh dengan tipu daya syaitan menjalankan tugas-tugas
syaitan. Syaitan menguasai golongan ini menjadi agen untuk menyesatkan
manusia.
Ingatlah
firman Allah yang bermaksud: “(Aku berlindung kepada Allah) daripada kejahatan
pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan (menghembuskan)
bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan
penghasut) daripada jin dan manusia.” (Surah an-Nas, ayat 4-6)
Sebab
itu berhati-hatilah dalam sebarang tindakan. Jangan mudah terpengaruh dengan
nafsu yang membawa kepada keburukan. Kebaikan yang diperoleh hasil melakukan
kejahatan tidak akan membawa kesenangan atau kebahagiaan hidup.
Sebaliknya,
biarpun kita tidak kaya dan tidak terkenal, jika perkara baik yang kita sering
lakukan, maka itulah kebahagiaan hidup sebenar yang perlu dicari setiap orang.
Kita mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment