Hadis Nabi SAW berkaitan sains
adalah benar dan tepat. Menariknya, hadis yang berkaitan sains itu bukan saja
menepati pada masa zaman hayat baginda, bahkan melepasi jangkaan masa lebih
seribu tahun.
Dengan kata lain, hadis berkaitan
sains bukan saja dapat dimanfaatkan pada masa itu, bahkan menjadi asas kajian
kepada pengkaji terkemudian.
Paling menarik, apa yang
diperkatakan oleh Rasulullah SAW hanya dapat dibuktikan lebih 1400 tahun
kemudian, contohnya dalam hal wanita turut mengeluarkan air mani.
Kebenaran hadis Rasulullah SAW
tentu sekali mengejutkan para pengkaji. Mereka terpaksa melakukan kajian
yang panjang, menggunakan perlbagai kelengkapan moden, serta melibatkan banyak
pakar, baru mampu mendapat keputusan kajian. Sedangkan Rasulullah SAW
menyatakan sesuatu perkara tanpa melibatkan kajian.
Ternyata, bahawa kata-kata
Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan biasa manusia, tetapi merupakan wahyu
daripada Allah SWT. Allah Maha Pencipta dan mengetahui apa saja mengenai
kehidupan ini.
Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajar berbangga dan menerima hadis tanpa
ragu-ragu. Sesungguhnya, kebenaran pada hadis tidak dapat disangkal lagi.
Sekiranya bukan Islam menunjukkan
minat untuk mengkaji dan mendalami apa yang terdapat dalam hadis,mengapa pula
kita sebagai umatnya menolak atau memandang rendah kepada kebenaran hadis.
Banyak hadis berkaitan sains yang
menjadi sumber asas rujukan kepada para sainstis untuk membuat kajian lanjut
dan mereka menemui kebenarannya.
Contohnya hadis yang berkaitan dengan darah, kejadian atau pembentukan janin
dalam rahim ibu, keberkesanan tanah sebagai alat menyuci, kebaikan melakukan
aktiviti riadah dan banyak lagi.
Sesungguhnya, alangkah eloknya jika
kajian-kajian ini turut dilakukan oleh sainstis Islam dan dijadikan sebagai
sumber inspirasi untuk meneroka alam sains dengan lebih mendalam
lagi.
Umat Islam mampu bangkit jika lebih
peka kepada kajian sains dan teknologi serta hal berkaitan komunikasi moden
hari ini.
No comments:
Post a Comment