Restoran
Sri Kandar, Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, meneruskan amalan
Tajamakan (Taja Makan) untuk anak yatim dan miskin, pelajar tahfiz serta
golongan asnaf menikmati makan tengah hari di restoran yang terkenal dengan
kari kepala ikan merah tersebut.
Aktiviti
bulanan yang diadakan sejak Dis 2016 itu adalah manifestsi pemilik Restoran Sri
Kandar, Wan Mustapha, yang mengamalkan konsep “Berniaga Sambil Beramal”
Dibantu
dengan kerjasama aktivis kemasyarakatan seperti Amran Rahman dan beberapa NGO,
Restoran Sri Kandar bukan sahaja menaja makan di restoran yang bertempat di
Kampung Banggol, bahkan melebarkan Tajamakan di mana-mana tempat ada insan
memerlukan bantuan.
Selain
Tajamakan, bantuan lain turut disalurkan mengikut kesesuaian. Semoga usaha
murni ini dapat diteruskan dan lebih banyak yang sudi bersama-sama dalam misi
mencari bekalan akhirat ini.
No comments:
Post a Comment