Golongan
pelajar bakal jadi pemimpin pada masa hadapan. Pelajar adalah aset terpenting
negara dalam semua aspek yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara
pada masa hadapan.
Justeru,
golongan pelajar sentiasa mendapat perhatian dan diberi keutamaan dalam apa
juga perkara bertujuan membina modal insan yang benar-benar berkualiti.
Apa
saja yang melibatkan pelajar sewajarnya menjadi perhatian khalayak kerana
masing-masing mengharapkan yang terbaik daripada golongan yang digantungkan
harapan besar untuk membina kejayaan terbilang pada masa hadapan.
Perkara
yang sering diungkapkan menjadi harapan semua pihak, terutama ibu bapa ialah
supaya pelajar mencapai kecemerlangan dalam akhlak, moral, pendidikan dan
keupayaan jasmani.
Semua
faktor itu dapat menjamin kelangsungan cita-cita dan wawasan negara untuk
tempoh masa yang lebih jauh ke hadapan.
Hasil
kegigihan generasi terdahulu dan sekarang, negara mampu mencapai kejayaan
cemerlang mengatasi negara-negara lain yang tempoh kemerdekaan hampir sama
dengan negara kita.
Justeru,
satu harapan murni seperti yang disasarkan oleh pemimpin kita sekarang ialah
mencipta kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Untuk
merealisasikan impian itu, negara memerlukan pewaris yang mampu meneruskan
kesinambungan kepimpinan, kepakaran, daya usaha, patriotisme dan jati diri.
Para pelajar perlu sedar tanggungjawab besar yang diharapkan kepada
mereka.
Proses
pertukaran kepimpinan berlaku setiap detik melibatkan semua peringkat. Setiap
pelajar sedang melalui sebahagian daripada proses itu secara berperingkat.
Semakin
meningkat dewasa, tanggungjawab dan harapan itu semakin hampir dengan
mereka.
Bersedia
atau tidak, apabila tiba masanya, golongan pelajar sekarang yang pada ketika
itu telah dewasa akan mengambil alih kepimpinan negara secara berperingkat.
Justeru,
setiap pelajar bertanggungjawab mempersiapkan diri dan perlu bersedia untuk
menjadi pewaris kepimpinan negara.
Maksud
pemimpin tidak terhad untuk jawatan perdana menteri, menteri dan ketua
organisasi besar. Sebaliknya, pemimpin merujuk kepada semua lapisan kepimpinan
meliputi rumahtangga, tempat bekerja, pertubuhan dan sebagainya.
Dengan
kata lain, semua orang berpeluang menjadi pemimpin. Oleh itu, usaha melatih
pelajar menjadi pemimpin tidak hanya kepada mereka bercita-cita ingin menjadi
pemimpin besar saja.
Menjadi
pemimpin bermakna mereka adalah terbaik dalam bidang masing-masing dan pada
peringkat tertentu.
Maka,
semua pelajar perlu melalui proses pembentukan menjadi pemimpin di pelbagai
peringkat kepimpinan. Latihan menjadi pemimpin mesti dimula sejak awal lagi,
sebaik-baiknya ketika masih di bangku sekolah.
Pelajar
sebenarnya telah menjadi pemimpin di peringkat masing-masing. Hal ini perlu
diberi perhatian supaya peluang yang ada dipergunakan sebaiknya untuk lahir
sebagai pemimpin terbaik.
No comments:
Post a Comment