Kuih
belebat ialah sejenis lepat dibuat daripada pisang, ubi dan lain-lain yang
turut mengandungi tepung beras dan santan.
Di
Kelantan, kalau disebut belebat, ia merujuk kepada belebat ubi keledek atau
dalam dialek Kelantan disebut ubi stelo.
Ubi
stelo ada berwarna unggu, putih dan kuning sebenarnya bolehlah dianggap sebagai
‘inti’.
Kandungan utama belebat adalah tepung beras yang dimasak dengan santan
dicampur dengan gula dan garam secukup rasa.
Belebat
memang sedap dimakan pagi mahupun petang. Ia dibungkus atau dibalut di dalam
daun pisang.
Ada seni membungkusnya yang menampakkan sebahagian atas belebat
sehingga membangkitkan selera melihatnya.
No comments:
Post a Comment