Wednesday, 16 June 2021

Pogba alih botol minuman keras

LONDON: Paul Pogba menjadi pemain bola sepak terbaru yang mencetuskan perasaan kurang senang penaja Euro 2020 selepas pemain Perancis itu mengalihkan botol minuman keras Heineken yang diletakkan di hadapannya.

Pogba, pemain yang beragama Islam dilihat mengalihkan botol minuman keras ketika sidang media selepas kemenangan Perancis 1-0 ke atas Jerman pada aksi pembukaan mereka, awal pagi tadi.

Bagi individu beragama Islam, alkohol adalah haram dan tindakan bintang Manchester United terbabit mengalihkan botol minuman itu mungkin disebabkan keengganannya menyokong penaja pertandingan atau tidak mahu terlibat dengan apa-apa promosi berkaitan minuman keras.

No comments:

Post a Comment