Kerajaan bersetuju
untuk menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebagai Jabatan
Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza, kata Menteri Komunikasi
dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah.
Matlamat J-KOM adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara
kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih
dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada
rakyat.
Kaedah
yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat
akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati
makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan ‘penghakupayaan
komuniti.
Fungsi J-KOM juga berbeza dengan Jabatan Penerangan
(Japen) kerana tugas utama J-KOM pada waktu ini adalah melaksanakan komunikasi
strategik membudayakan normal baharu susulan pandemik COVID-19.
Japen
pula, katanya bertujuan memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan
inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi.
Fungsi J-KOM juga tidak bersifat bertindan dengan agensi lain di bawah KKMM
seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen
Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang
mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti berlainan.
Bagi
menjawab celahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai dakwaan jabatan itu
merupakan ejen penyebar propaganda, Saifuddin memberi jaminan J-KOM bukan mesin
propaganda selain menegaskan ketua pengarah serta timbalannya tidak akan
dilantik dalam kalangan orang politik.
J-KOM dijamin bukan mesin propaganda. Proses (lantikan) mengikut Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) ada kriteria dan kriteria utama merupakan celik IT.
Ketua pengarah dan timbalan (ketua) pengarah tidak akan dilantik
daripada orang politik, ia harus
kombinasi (golongan) profesional dan pegawai tadbir yang baik serta bersahsiah
tinggi.
Beliau
berkata lantikan itu harus melalui proses permohonan dan temu duga yang telus
mengikut lunas peraturan yang ditetapkan JPA.
Pengurangan peruntukan itu boleh dibuat berikutan peruntukan J-KOM berdasarkan
jumlah daerah dan bukannya peruntukan mengikut jumlah Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) seperti sebelum ini.
Berita - 25 Nov 2020

No comments:
Post a Comment