Dalam
matematik dan sains, sebuah rumus atau formula adalah cara
ringkas untuk menyatakan penerangan secara bersimbol atau perhubungan umum di
antara perjumlahan.
Memahami satu formula bukan perkara mudah. Sebab itu, banyak pelajar gagal dalam matapelajaran banyak menggunakan formula seperti matematik, fizik, kimia dan kejuruteraan.
Soalan berkaitan formula amat ringkas, tetapi menjawabnya amat kompleks. Inilah soalan ‘membunuh’ yang tidak boleh ‘digoreng’ yang menyebabkan pelajar mendapat markah kosong.
Kalau berlagak bijak atau ingin mencuba menjawab soalan formula, kesudahnya ke ‘tali gantung’. Tidak dapat hendak diteruskan, sedangkan tahu formula tersebut belum dirungkai sepenuhnya.
Berhati-hati menjawab soalan formula, kerana anda sendiri akan tahu bahawa ia adalah satu pengakhiran yang mati.
No comments:
Post a Comment