Batang
balak berukuran sebesar batang pokok pinang dengan panjang sekitar dua meter
banyak tersedia di kem-kem tentera. Ada yang ditempatkan di hadapan balai
pengawal atau pintu masuk kem.
Batang
balak atau dipanggil batang ‘log’ (tidak pasti ejaan sebenar) digunakan sebagai
beban kepada anggota yang didenda melakukan kesalahan. Mereka akan pikul
keliling kem atau kawasan laluan yang ditetapkan.
Kalau
yang memikul itu berpakaian seluar pendek dan baju ‘T’, biasanya pesalah yang
dikenakan hukuman tahanan di balai pengawal. Ia dikira macam penjara untuk
anggota tentera.
Batang
balak itu ada macam-macam gelaran. Itu dikira ‘pujuk hati’ agar reda apa yang
dihadapi dan juga satu perli agar dapat melakukan dengan ceria dan jenak dalam
serius.
Kalau
dahulu, batang balak itu dipanggil dengan nama Uji Rashid, Nor Kumalasari,
Noreen Nor, Gaya Zakry dan nama-nama artis popular yang cantik.
Jadi,
mereka yang memikul dan memeluk batang balak itu dianggap memeluk Uji Rashid
dan artis cantik lain mengikut nama yang diberikan.
Melihat
mereka kena denda memang menyedihkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul.
Ada
juga batang balak itu dipanggil atau dituliskan ‘abang buat abang tanggung’
agar memberi keinsafan bahawa apa yang terpaksa dilakukan atau dihadapi itu
adalah akibat kesalahan yang dilakukan sendiri.
Disiplin
anggota tentera memang ketat. Mana-mana anggota yang melanggar peraturan yang
ditetapkan akan dibicarakan oleh pegawai atasan. Antara denda yang boleh
dikenakan ialah tahanan di balai pengawal. Tempoh maksima hukuman ialah tiga bulan,
tetapi dilaksanakan selama dua bulan.
Sepanjang
tempoh tersebut, anggota akan ditempat di bilik tahanan di balai pengawal.
Keadaan tidak ubah seperti penjara.
Anggota
ditahan bukan sahaja di tempatkan di bilik tahanan dan ‘relek’ di situ. Sebaliknya
anggota berkenaan juga akan dikenakan denda melakukan aktiviti berat seperti
membawa kayu balak, kawat kaki dan aktiviti lain yang dianggap sebagai sebahagian
denda yang perlu dilakukan sepanjang tempoh tahanan.
Sepanjang
tempoh tersebut gaji anggota juga ditahan atau dipotong.
Oleh
sebab itu, setiap anggota tentera akan sedaya mungkin mengelak diri daripada
melakukan sebarang bentuk kesalahan atau perbuatan yang disenarikan sebagai
satu kesalahan yang membolehkan mereka dihadapkan ke hadapan pegawai atasan
untuk dibicarakan.
Dalam
kes yang lebih berat atau anggota tidak mahu dibicarakan di hadapan pegawai
atasan, Mahkamah Tentera akan ditubuhkan untuk membicarakan anggota berkenaan.
Di
Mahkamah Tentera proses perbicaraan dijalankan seperti di mahkamah awam yang melihatkan
hakim, pendakwa dan peguam bela. Had hukuman di Mahkamah Tentera lebih berat,
termasuk ditahan di penjara awam dan lain-lain sepertimana ditetapkan Akta
Angkatan Tentera 1972.
Gambar
sekadar hiasan – tidak pasti sebagai denda atau latihan.
No comments:
Post a Comment