Friday, 8 November 2019

KEBAIKAN SUAMI ISTERI MEMPUNYAI HOBI SAMA

Hobi adalah sesuatu aktiviti dilakukan semasa lapang atau senggang. Ketika bujang, rasanya tidak sukar untuk melakukan apa sahaja hobi diminati.

Fasa yang berbeza dilalui apabila memasuki alam rumah tangga. Fasa ini adalah fasa perkongsian tentang segalanya bersama pasangan.

Apa yang lebih membahagiaka apabila aktiviti peribadi atau hobi itu menjadi aktiviti bersama pasangan.

Malah hubungan pasangan pasti akan lebih romantis apabila suami rasa dihargai dengan sokongan emosi yang diberikan isteri tersayang.

Selain itu, ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa suami yang mempunyai hobi ini adalah suami yang setia. Ini kerana ruang peribadi yang diperlukan adalah untuk mengisi aktiviti yang digemari.

Ruang untuk mengenali ‘orang baru’ juga lebih kecil berbanding suami yang banyak menghabiskan masa melepak atau bersembang di kedai kopi.

Mempunyai hobi bukanlah ancaman kepada hubungan suami dan isteri malah mampu mengukuhkan perhubungan antara kedua-duanya.

Merujuk pada teori Keperluan Asas Manusia Maslow, hobi dikatakan keperluan kelima iaitu fasa keperluan dalam Hasrat Diri (Self Actualization) iaitu fasa pencapaian hasrat diri yang merujuk pada pengisian jiwa, minat, kreativiti serta keperluan mencapai potensi diri.

Ini bermakna, mempunyai hobi juga adalah asas keperluan dalam hidup seseorang.

Islam mengunjurkan suami menjaga hubungan dengan isteri meskipun mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mencari nafkah keluarga.

Suami adalah tunjang kebahagiaan dalam keluarga. Namun, ia tidak menafikan keperluan sosial suami untuk memiliki hobi.

Banyak cara boleh dilakukan oleh suami bagi mengekalkan kebahagiaan dalam berumah tangga meskipun mempunyai hobi antaranya jadikan hobi sebagai aktiviti bersama,” katanya.

Hubungan rumah tangga pasti akan lebih bermakna apabila isteri dan suami berkongsi hobi yang sama. Hobi bukan lagi suatu aktiviti yang hanya mengisi masa lapang malah boleh dijadikan saat bersama yang memberi seribu manfaat buat pasangan.

Contohnya, jika suami suka melancong, apa salahnya isteri yang menjadi peneman halal buat suami, pasti menyeronokkan.

Bagi suami yang mempunyai hobi melalui aktiviti luar seperti mendaki, berkhemah, memancing dan lain-lain, jadikanlah ia sebagai aktiviti keluarga.

Sebagai suami, rancanglah aktiviti ini agar pasangan dapat bersama-sama menjiwai keseronokan yang dirasai. Mungkin aktiviti sebegini dijadikan aktiviti wajib dalam keluarga dan dilakukan setiap dua atau tiga bulan sekali.

Setiap pasangan pasti mengimpikan suami atau isteri yang menyayangi dan menghargai diri mereka. Setiap sokongan dan dukungan yang diberikan akan membuahkan saat penting dalam kehidupan seseorang.

Ada juga isteri dan suami yang mempunyai hobi berbeza namun saling menyokong satu sama lain.

Apabila terlalu obses dengan hobi, ia bukanlah sesuatu yang sihat bagi diri dan pasangan.

Oleh itu, apabila berasakan hobi berkenaan memudaratkan pengurusan diri sebagai suami membabitkan isu semasa keluarga seperti kewangan, perhubungan, komunikasi dan aspek tanggungjawab, lebih baik hobi itu dikurangkan atau dihentikan. Ini untuk kebaikan keluarga pada masa akan datang.

Ambil masa untuk berbincang dengan suami sekiranya suami mempunyai hobi yang kurang digemari isteri. Contohnya hobi suami memancing pada waktu malam akan meninggalkan isteri dan anak-anak pada waktu malam.

No comments:

Post a Comment