Warganet memang kreatif. Apa sahaja isu yang tular
di media sosial, pasti akan ada idea kreatif untuk memugarkan atau menjadikan ia
terus tular dalam tempoh masa tertentu.
Contohnya, hari ini (17 Okt 2019) tular gambar
gari. Bagi mereka yang tidak ikuti isu semasa di media sosial pasti tertanya-tanya
mengapa tiba-tiba gambar gari banyak berlegar di media sosial.
Sebenarnya gambar gari itu satu 'jenaka' untuk
ditujukan kepada seorang ahli politik yang 'berkasar' dengan anggota polis yang
tidak membenarkan beliau melawat orang kena tahan (OKT) yang juga seorang ahli politik.
Ketika bertikam lidah itu, seorang anggota menyuruh
kawannya untuk mengambil gari, kononnya hendak mengari ahli politik itu jika terus
tidak mahu mengikut arahan tidak membenarkan beliau melawat OKT.
Ahli politik tersebut memang sering mendapat perhatian
warganet akibat tindakan atau sikapnya yang tidak selari dengan kedudukannya sebagai
orang pemimpin politik.
Malah perkataan 'beliau' ditujukan kepada ahli
politik tersebut disebabkan menggunakan penjodoh ganti nama 'beliau' ditujukan kepada babi.
No comments:
Post a Comment