Secara zahirnya
pakaian adalah perhiasan, melindungi diri daripada pengaruh cuaca dan bahaya,
identiti budaya dan seragam khas.
Sesungguhnya, pakaian
adalah satu anugerah Allah kepada manusia. Biarpun pakaian itu direka oleh manusia, hakikatnya ia diturunkan oleh
Allah kepada manusia.
Firman Allah SWT bermaksud: “Hai anak Adam! Sesungguhnya
Kami turunkan ke atas kamu pakaian untuk menutup aurat dan pakaian untuk
perhiasan.” - (Surah al-Akraf, ayat 26).
Islam tidak
menetapkan fesyen pakaian bagi umatnya. Bermakna semua fesyen boleh dipakai
asalkan menepati konsep menutup aurat.
Kelonggaran ini
memudahkan umat Islam membuat pilihan berdasarkan citarasa, budaya setempat,
cuaca dan tujuan memakainya.
Rasulullah suka
berhias dan bersyukur atas kurniaan Allah menjadikan pakaian sebagai satu
perhiasan.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi pakaian ini kepadaku
untuk menutup auratku, dan aku akan berhias diri dengannya selama hidupku.” -
(Hadis riwayat Tirmizi).
Fesyen pakaian yang
pelbagai jenis memberi keceriaan. Pemakainya lebih menarik dan cantik. Islam sukakan cantik dan bersih.
Sebab itu umat Islam
digalakkan memakai pakaian yang cantik-cantik, terutama ketika menyambut hari
kebesaran seperti Aidilfitri.
Namun, dilarang
memakai fesyen yang jelas menunjukkan agama pemakainya. Larangan itu bertujuan mengelak berlaku salah
faham.
Memakai pakaian
digunakan oleh penganut agama lain ketika upacara keagamaan, seperti reda dan
berbangga dengan amalan agama itu. Sesiapa reda kepada agama lain, maka dia menjadi munafik.
No comments:
Post a Comment