Umat Islam tidak
harus memandang mudah soal menutup aurat. Jangan ambil mudah kepada perkara
dianggap kecil (sebenarnya soal menutup aurat perkara besar) kerana perkara
kecil sering mendatangkan bencana besar.
Sesungguhnya syaitan
menyedari amat sukar untuk menyesatkan manusia dalam perkara besar. Maka diambil kesempatan mempengaruhi dalam
perkara kecil kerana kesannya kelak merebak besar dan tercapai juga maksud
syaitan itu.
Rasulullah SAW memberi
peringatan agar lelaki lebih berhati-hati dengan godaan wanita yang digunakan oleh syaitan untuk merosakkan
manusia.
Sesiapa yang
meningggalkan atau mengelak diri daripada terperangkap dengan godaan syaitan,
nescaya akan menikmati kemanisan iman yang sebenar.
Fesyen mendedahkan
aurat banyak dicipta dan dipakai oleh masyarakat Barat. Para pelakon dan medel Barat gemar memakai
pakaian mendedahkan aurat sebagai memenuhi citarasa semasa.
Disebabkan ramai
mudah terpengaruh dengan apa yang dicipta di Barat, maka budaya fesyen mendedah
aurat merebak ke seluruh dunia, termasuk di negara-negara Islam.
Fesyen pakaian Barat
mencerminkan ciri-ciri menjurus kepada kehidupan masyarakat tidak bertamadun.
Peraturan menutup
aurat ditekankan kepada wanita bertujuan melindungi wanita daripada angkara
sikap lelaki buas dan tidak bersopan.
Firman Allah
bermaksud: “Wahai Nabi! Katakanlah
kepada isteri-isteri kamu, puteri-puteri kamu dan kepada wanita-wanita beriman,
hendaklah mereka menutup kepala sehingga menutup dada mereka. Semoga dengan itu
mereka mudah dikenali (bahawa mereka wanita mulia) supaya tidak akan diganggu
(lelaki tidak sopan).” - (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Wanita menutup aurat
dikenali beriman dan bersopan santun. Pengenalan ini mematahkan cita-cita lelaki yang mempunyai niat buruk
kerana merasa sukar untuk mengajak melakukan perkara ditegah syariat. Justeru, yang demikian itu mengelak wanita
daripada dianiaya.
Jelaslah peraturan itu
bukan mengokong atau diskriminasi terhadap wanita. Memang banyak perkara tidak disukai manusia,
sebenarnya mempunyai kebaikan di sebaliknya.
No comments:
Post a Comment