Friday, 28 August 2026

SKN RAPID RAIL 50 REJ PAKAR KERETAAPI

 
Skuadron Rapid Rail 50 Rejimen Pakar Keretapi Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah telah dirasmikan pada 16 Februari 2026 di Menara Prasarana. 

Penubuhan itu merupakan satu inisiatif strategik baharu yang mengintegrasikan kepakaran pertahanan dengan sistem rel bandar negara. Penubuhan ini juga menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh perlindungan infrastruktur kritikal negara.

Kekuatan anggota adalah terdiri oleh 33 pegawai dan 191 lain-lain pangkat daripada kalangan warga Kumpulan Pasarana Malaysia Berhad (Pasarana) yang mana mereka dilatih dan ditugas sebagai anggota Wataniah.

Mreka dipilih berdasarkan kepakaran, pengalaman dan latar belakang teknikal berkaitan. Mereka kekal bertugas dengan Pasarana, kecuali pada masa-masa tertentu akan menjalani latihan dan penugasan sebagai Wataniah.

Komposisi ini membolehkan skuadron beroperasi secara efektif sebagai pasukan pakar berkeupayaan tinggi. Dalam situasi kecemasan atau krisis, skuadron ini akan digerakkan bagi membantu pemulihan operasi rel, sokongan kejuruteraan, pengurusan tapak kejadian serta penyelarasan tindakan bersama agensi keselamatan dan pengendali rel termasuk pelaksanaan Pelan Tindak Balas Kecemasan.

Peranan utama skuadron ini adalah membantu Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam perlindungan, sokongan teknikal, dan pemulihan infrastruktur rel bandar (LRT, MRT, Monorel) semasa krisis, kecemasan, atau bencana.

Ia dapat  memastikan kebolehoperasian dan keselamatan infrastruktur pengangkutan awam strategik sentiasa berada di tahap optimum bukan sahaja sewaktu aman malah ketika berhadapan situasi krisis atau ancaman keselamatan.

Penubuhan skuadron ini menyumbang secara langsung kepada keselamatan negara dengan memastikan kesinambungan operasi sistem rel sentiasa terpelihara dalam apa jua keadaan termasuk bagi keperluan pengurusan krisis nasional dan kebolehaksesan operasi ketenteraan.

Penubuhan adalah berteraskan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) dan Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) tanpa melibatkan penambahan jawatan tetap tentera.

No comments:

Post a Comment