Belalang kunyit musuh tanaman.
Belalang kunyit (Valanga nigricornis) ialah sejenis serangga
daripada keluarga belalang yang sering ditemui di rantau Asia Tenggara,
termasuk Malaysia.
Belalang ini dapat dikenali berwarna kuning kehijauan di
seluruh badan dengan bintik-bintik hitam dan tanda jelas pada bahagian kaki
belakang. Kerana berwarna kuning menyebabkan dipanggil kunyit iaitu warna
kunyit.
Belalang kunyit satu daripada jenis belalang yang boleh
mencapai saiz besar. Ukurannya boleh mencapai panjang antara 8 hingga 15 cm
bergantung pada peringkat usia dan tempat membesar.
Kitaran hidupnya melalui proses hemimetabola yakni telur di
dalam tanah, bertukar kepada nimfa dan menjadi dewasa tanpa melalui peringkat
larva.
Spesies ini mempunyai jangka hayat sekitar satu tahun dan
biasanya menetas daripada telur yang tertanam di dalam tanah pada permulaan
musim tengkujuh.
Belalang kunyit termasuk dalam kategori serangga perosak tanaman:
Dianggap sebagai musuh tanaman kerana serangga dewasa dan anak belalang (nimfa)
suka memakan daun-daun muda, pucuk sayuran, ubi kayu, pisang, serta daun pokok
getah dan kelapa sawit.
Gigitan belalang lunyit menyebabkan daun berlubang atau
bergerigi yang boleh merencatkan proses fotosintesis pokok muda.
Kalau dimakan pucuk paling atas boleh menyebabkan tumbesaran
terbantut dan perlukan kepada tunas bharu untuk membesar.
Biarpun tergolong serangga perosak, belalang kunyit boleh
dimakan dan menjadi sumber makanan atau masakan tradisional. Di Kelantan,
belalang ini digoreng, dijadikan kerutuk dan pelbagai resipi yang diolah
mengikut cita rasa masing-masing.
Belalang kunyit kaya dengan sumber protein.
Pada musim anak padi sedang membesar, belalang kunyit akan ditangkap
menggunakan sauk dan setengahnya menggunakan tangan mengikut kepakaran
masing-masing untuk mendapatkan belalang.
Aktiviti menangkap belalang kunyit dilakukan pada waktu
malam ketika serangga itu tidak aktif.
Menangkap belalang kunyit dijadikan kerja sampingan untuk
menambah pendapatan bagi penduduk kampung kerana harganya boleh mencecah
puluhan ringgit untuk setiap satu kilogram.
Menangkap belalang kunyit bukan sahaja menguntungkan kerana
dapat dijual mahupun dimakan sendiri, tetapi dapat mengawal populasinya dan
mengelak serangan terhadap tumbuh-tumbuhan.


No comments:
Post a Comment