Monday 18 July 2022

Warga emas tinggal dalam timbunan sampah

 
Gambar ini diterima kira-kira seminggu lalu. Gambar yang memaparkan bilik tempat tinggal seorang warga emas. Gambar asal ada menampak keadaan warga emas tersebut berada di atas lantai. Gambar ini telah dipotong untuk tidak menampakkan muka dan badan warga emas tersebut. Aib orang kita kena jaga. 

Mungkin, keadaan bilik tersebut telah bersih dan kemas sekarang ini. Itu kemungkinan kerana telah tular gambar tersebut. Harapnya ada ahli keluarga atau jiran yang datang membersihkan.

Mengapa keadaan ini terjadi?  Di mana anak (jika ada), adik beradik (jika ada) dan jiran tetangga (tentunya ada)? Tengok pada gambar, ada banyak bekas makanan dan sampah sarap. Itu tanda ada orang melawat dan memberi makan kepada warga emas tersebut.

Mengapa tidak setiap kali datang melawat, bawalah sampah sarap itu keluar dari rumah tersebut. Kalau sudah begitu keadaannya, keadaan kesihatan warga emas tersebut akan menjadi semakin teruk.

Bersama-sama membantu. Membantu bukan sahaja menghantar makanan, tetapi mengambil sisa makanan dan sampah sarap juga membantu. Membersihkan bilik dan rumah juga membantu.

No comments:

Post a Comment