Kejayaan takaful membutikan
instrumen berasaskan Islam adalah cara terbaik dalam usaha mengatasi kemelut
ekonomi yang berteraskan kepada sistem kapitalis yang melihat aktiviti ekonomi
sebagai cara meningkatkan kepuasan tanpa mengambilkira kesan buruk seperti
berlaku pernindasan dan ketidakadilan.
Aktiviti takaful berteraskan kepada
konsep dan amalan patuh syariah ternyata memberi demensi baru cukup positif
bahawa sistem Islam memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat.
Berdasarkan kepada perkembangan
kejayaan yang dicapai, membuktikan masyarakat Islam yang selama ini dikuasai
dasar dan kaedah Barat bersedia untuk berubah mengikut apa yang ditentukan
syariah.
Selama ini, umat Islam di Malaysia
bukan tidak mahu menerima ketetapan syariah, tetapi tiada ada pendedahan dan
tindakan proaktif. Namun, perkara ini semakin menampakkan perubahan apabila
kerajaan mengamalkan penerapan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran dan aktiviti
kehidupan rakyat, termasuk dalam soal ekonomi, maka penerimaan keseluruhan
rakyat terhadap tuntutan Islam semakin baik.
Kelahiran institusi takaful
bermakna kerajaan telah melaksanakan tugas fardu kifayah. Mencari yang halal
itu adalah wajib ke atas setiap umat Islam.
Berdasarkan kepada sambutan
takaful, tidak mustahil pada masa hadapan insurans konvensional tinggal dalam
lipatan sejarah. Masyarakat bukan Islam mementingkan keuntungan dan mereka
boleh menerima apa saja instrument.
Jika mereka dapati takaful lebih
menguntungkan dan memenuhi apa yang diharapkan, maka orang bukan Islam bersedia
menerima apa jua instrument yang ditawarkan kepada mereka.
Sebenarnya, punca kejayaan utama
takaful adalah penerimaan orang Islam sendiri. Orang Islam adalah majoriti di
Malaysia. Maka, tidak ada sukarnya untuk menjayakan sesuatu berteruskan Islam
jika seluruh umat Islam bersatu ke arah itu. Umat Islam perlu ditingkatkan
untuk menerima dan menyokong segala dasar atau perkara yang ditetapkan
syariah.
Peningkatan kesedaran umat Islam
dalam memajukan ekonomi berteraskan kehendak syariah membuka ruang luas untuk
umat Islam takaful dan instrument kewangan lain berkembang.
Kita mengharapkan pada masa hadapan
umat Islam akan menjadi pemain utama dalam aktiviti ekonomi di Malaysia dan
juga berkembang ke seluruh dunia.
Institusi insurans atau takaful
menjadi instrument terbaik dalam mengumpul dana dan menjana kembali dalam
aktiviti ekonomi sesebuah negara, selain institusi bank. Di negara maju, dana
dari insurans menjadi nadi utama sumber kewangan untuk pelaburan dan
perniagaan.
Maka,
sudah tiba masanya, umat Islam di Malaysia menjadikan institusi takaful penjana
ekonomi, bukan dilihat sebagai satu bebanan apabila terpaksa menyediakan
peruntukan untuk membayar fi atau premium setiap bulan.
No comments:
Post a Comment