Kerajaan
BN Selangor sebelum tahun 2008 pernah memulakan projek tebatan banjir berskala
amat besar yang dinamakan Canal City.
Pada
tahun 2007, projek itu sudah diberi peruntukan RM3 bilion.
Lokasi
projek tersebut adalah ke selatan Majlis Perbandaran Shah Alam iaitu sekitar
Taman Seri Muda dan Kota Kemuning.
Ia
melibatkan pembinaan terusan air utama sepanjang 18km merentasi daerah Klang
hingga ke daerah Hulu Langat yang akan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai
Langat dengan matlamat mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai
Langat pada waktu puncak.
Beberapa
terusan sekundar juga akan dibina.
Selain
itu juga akan membina beberapa takungan air yang amat besar (seperti HORUS)
untuk menyimpan air yang akan menjadi sumber air penduduk Selangor.
Projek
telah mula dibina pada tahun 2007 sehingga tahun 2009 tetapi tergendala apabila
kerajaan Pakatan ambil alih Selangor selepas PRU12.
Lalu
projek tebatan air ini dibatalkan terus oleh kerajaan Pakatan Selangor dengan
alasan ianya tidak memberi manfaat besar bagi Selangor.
Jika
terusan air ini dapat diteruskan, ia dapat mengurangkan risiko banjir di samping
dapat menambah rizab air mentah Selangor.
No comments:
Post a Comment