Kajian
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati trend kes penipuan cinta atau 'Love
Scam' menunjukkan peningkatan dalam tempoh tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Pada
tahun 2019, sebanyak 1,535 kes penipuan Love Scam dilaporkan membabitkan
kerugian RM79.11 juta.
Jumlah
kes meningkat 47 kes pada tahun 2020 kepada 1,582 kes dengan jumlah kerugian
RM58.33 juta.
Trend
peningkatan ini sebagai situasi yang perlu ditangani secara serius, memerlukan
tindakan pembanterasan dan pencegahan lebih efektif.
Pihak
polis komited untuk melipat gandakan usaha khususnya daripada aspek siasatan
dan operasi bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan sebegini.
Statistik
polis menunjukkan sejak tahun 2019 hingga Mac 2021, sebanyak 2,251 operasi
dilaksanakan dan daripada jumlah itu, seramai 2,826 orang berjaya ditahan.
Bagaimanapun,
di sebalik operasi dan tangkapan dilaksanakan secara berterusan polis, rangkaian
sindiket ini dipercayai terus merekrut ahli baharu bagi memastikan
kesinambungan kegiatan mereka.
Justeru,
masyarakat diminta lebih berwaspada dan mengambil tahu tips pencegahan supaya
tidak mudah menjadi mangsa penipuan sindiket sedemikian.
Jangan
mudah terpesona dengan gambar profil cantik atau tampan digunakan di media
sosial dan jangan mudah terpedaya dengan kata manis atau janji mereka.
Selain
itu, perlu berhati-hati memilih rakan melalui media sosial atau alam maya
terutamanya yang kononnya berasal dari luar negara.
Selain
itu, orang ramai diingatkan tidak mendedahkan nombor akaun bank atau identiti
diri dan keluarga kepada mana-mana individu tidak dikenali atau baru dikenali
di internet.
Jangan
sewenang-wenangnya memberi pinjaman atau memasukkan wang ke akaun peribadi
individu tidak dikenali sekiranya diminta kenalan laman sosial melalui telefon,
SMS dan emel.
Penipuan
cinta atau Love Scam adalah modus operandi yang kerap digunakan sindiket
penipuan didalangi warga Afrika untuk memperdaya mangsa berbanding sindiket
penipuan lain.
Penipuan
menggunakan modus operandi itu paling kerap digunakan kerana 'kaedah' itu
dipercayai amat berkesan untuk memerangkap dan memperdaya mangsa.
No comments:
Post a Comment