Banyak
berlaku kes penghawa dingin atau aircond kereta tidak sejuk. Keadaan itu memang
tidak menyenangkan. Fungsi penghawa dingin kereta dianggap sudah satu keperluan,
bukan pilihan. Lanjutan itu, pemilik kereta akan ke bengkel penghawa dingin
kereta untuk baikpulih.
Sebenarnya,
pemilik kenderaan boleh buat pilihan sama ada ingin ke bangkel atau tidak. Kebanyakan
kes penghawa dingin kereta tidak sejuk berpunca penapis penghawa dingin atau
dipanggil penapis kabin (cabin filter) sudah terlalu kotor sehingga tidak
berfungsi lagi.
Kebanyakan
kereta model baharu mempunyai penapis untuk menapis habuk daripada memasuki
sistem penghawa dingin. Penapis bergantung kepada model atau jenis kenderaan. Sesetengah
kereta ada penapis penghawa dingin dan sesetengah kereta tiada.
Jika
penapis habuk itu terlalu kotor sehingga tidak mampu lagi ditembusi udara, maka
penghawa dingin tidak akan menghasilkan hawa dingin di dalam kereta.
Untuk
menukar atau mencuci penapis penghawa dingin tidak sukar. Yang penting tahu
kedudukannya. Buka kunci atau penutup dan keluarkan penapis tersebut. Kemudian
cuci sama ada menggunakan air atau dengan menyapu debu berkenaan dengan alat
bersesuaian.
Kalau
penapis sudah terlalu kotor, ia perlu ditukar dengan yang baharu. Ingat, ada
jenis penapis yang boleh terus digunakan sehingga bertahun-tahun atau
berulang-ulang dicuci.
Kalau
belum tahu atau mahir untuk melakukan sendiri, boleh cari cara yang perlu
dilakukan dengan mencari di laman sesawang. Banyak panduan secara video disediakan
mengikut model kereta masing-masing.
Cara
menukar tidak sukar dilakukan asalkan tahu tekniknya. Ia berbaloi berbanding
jika menghantarnya ke bengkel. Lainlah, anda jenis yang tidak kisah berapa wang
perlu dihabiskan asalkan tidak perlu buat sendiri. Kalau begitu, bengkel adalah
destinasi yang perlu dipilih.
Harap
panduan kali ini bermanfaat.
No comments:
Post a Comment