Saturday, 15 February 2020

ISTANA BUKIT TANAH, TUMPAT

Istana Bukit Tanah merupakan salah satu istana yang terdapat di dalam Jajahan Tumpat, Kelantan. Istana ini dipercayai telah siap dibina dalam tahun 1910. 

Istana Bukit Tanah ini dijadikan sebagai istana persinggahan sejak dari zaman pemerintahan Sultan Ismail sehingga sekarang.

Pada asalnya, tapak istana ini agak rendah dan dipercayai telah ditimbun dengan tanah supaya kelihatan lebih tinggi. Sekiranya dilihat dari jauh, kedudukan yang tinggi itu seolah-olah ianya dibina di atas sebuah bukit. Sejak itu, istana ini telah diberi jolokan sebagai Istana Bukit Tanah.

Keluasan tapak istana ini hampir mencecah 3 ekar, dan kawasannya dikelilingi dengan pokok-pokok besar.

Dahulunya Istana Bukit Tanah terkenal dengan kewujudan sebatang pokok iaitu Pokok Kelumpang. Pokok ini dikatakan tersangat tinggi sehingga boleh dilihat dari pesisiran pantai Laut Cina Selatan. Walau bagaimanapun, pokok ini telah tumbang dimakan usia.

No comments:

Post a Comment