Belut
merupakan haiwan dalam kumpulan ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota
tangan dan kaki. Terdapat lebih 400 spesies belut di seluruh dunia.
Kebanyakan
jenis belut tinggal atau hidup di dalam air masin. Cuma spesies dari keluarga
Anguilidae yang tinggal di kawasan air tawar, termasuk di negara kita.
Pada masa
dahulu jarang orang makan belut. Jika memancing atau tahan taut dapat belut,
itu dikira ‘sial’ kerana biasanya sukar untuk mencabut mata pancing dari mulut
belut. Sedangkan belut itu pula tidak diambil untuk dimakan.
Namun,
sekarang ini peminat belut semakin banyak. Biarpun geli untuk menyiang sendiri,
namun tidak pula untuk dimakan yang sudah dimasak. Banyak restoran atau kedai
makan yang menyediakan hidangan belut sebagai menu utama.
Bekalan
belut diperoleh sama ada dari penangkap belut di sawah dan sungai, atau belut
yang diternak dalam kolam.
Biasanya
banyak orang lebih memilih untuk menikmati belut sawah yang rasanya lebih sedap
dan berkhasiat.
Biasanya
cara untuk menangkap beluh sawah ialah dengan menggunakan tukil iaitu sejenis
buluh atau PVC yang kedua-dua bahagian hujung terbuka.
Umpan
dimasukkan di dalam tukil dan kemudian tukil akan diletakkan di dalam air di
mana kawasan dipercayai ada belut.
Satu lagi
kaedah yang lazim digunakan ialah dengan pancing atau taut. Cara pancing belut
tidak sama dengan pancing ikan biasa, walaupun cara pancing biasa juga ada
kemungkinan mendapat belut.
Cara
pancing belut biasanya menggunakan mata pancing yang lebih besar. Ada juga
membuat sendiri mata kail dengan lidi basikal yang dibengkokkan menjadi seperti
mata pancing biasa. Batang lidi basikal lebih besar dan lebih mudah untuk
menyangkut umpan.
.jpg)