Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan mengeksport kelapa
segar ke pasaran China menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU)
antara kedua-dua negara pada 16 April 2025, sempena lawatan negara selama tiga
hari Presiden China Xi Jinping ke negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri
Mohamad Sabu, dalam kenyataan berkata kelulusan itu adalah hasil usaha gigih
dan rundingan berterusan antara Malaysia dan China demi memperkukuh hubungan
perdagangan yang sekian lama terjalin.
MoU antara Malaysia dan China, menerusi Protokol Keperluan
Fitosanitari antara Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC) serta
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi Eksport Buah Kelapa
Segar dari Malaysia ke China, adalah penting bagi memastikan kebolehpasaran dan
daya saing kelapa segar tempatan di pasaran China.
Kelapa segar atau kelapa muda yang dieksport ke China adalah
jenis kelapa pandan. Ini membuka peluang untuk pekebun kelapa pandan mendapat
pulangan yang lebih baik daripada usaha mereka. Permintaan tinggi untuk
dieksport akan meningkatkan harga kelapa pandan.
Kelapa pandan sangat berpotensi dalam pasaran tempatan
mahupun luar. Ia wangi dan menyelerakan. Jika diusahakan secara komersial,
pasti mendatangkan untung besar kepada pengusahanya.
Penjagaan pokok kelapa pandan mudah dan tidak pening kepala seperti durian. Kelapa pandan mengeluarkan hasil seawal 2 tahun 10 bulan hingga 3 tahun dengan penjagaan rapi. Jadual pembajaan dan racun yang mudah dilakukan. Risiko pokok mati amat rendah. Kalau ada pokok terbantut, mudah untuk dipulihkan agar tumbesaran kembali normal.
Daun dan pucuk kelapa pandan disembur dengan racun serangga sebaik sahaja ditanam. Kelapa pandan secara relatifnya lebih tahan lasak berbanding dengan penanaman durian.
Anggaran pendapatan 1 ekar kelapa pandan. Katakan 1 ekar ditanam 60 pokok. Jarak tanaman 8x8 meter. Selepas 3 tahun, ia berbuah.
Satu pokok mengeluarkan 20 biji sebulan. Ada 60 pokok, maka jumlahnya 1200 biji sebulan. Harga sebiji kelapa pandan dijual RM2.00. Jumlah diperoleh adalah RM2400 sebulan untuk setiap ekar. Harga RM2.00 sebiji itu harga di kebun. Harganya tentu lebih mahal jika sudah sampai di pasaran atan di bandar.
Itu kira harga di kebun dan keluasan kebun hanya satu ekar, sudah dapat RM2400 sebulan. Boleh kira sendiri jika keluasan kebunnya lebih luas.

No comments:
Post a Comment