Friday 6 December 2019

100 PERATUS PEMILIKAN TH PLANTATIONS DIJUAL


Syarikat milik Tabung Haji, TH Plantations Berhad, telah menjual 100% pemilikan mereka dalam ladang sawit dengan keluasan 16,100 ekar di Bintulu dan Sibu, Sarawak pada 5 Dis 2019.

TH Plantations Bhd (THP) melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisan Sdn Bhd (MW) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd pada harga RM170 juta.

BSV terbabit dalam penanaman kelapa sawit dan penjualan buah tandan segar (BTS), manakala MW pada dasarnya terbabit dalam penyewaan hartanah pelaburan.

Kos asal pelaburan di dalam BSV dan MW, masing-masing sebanyak RM221.70 juta dan RM 42.49 juta dari syarikat bukan Bumiputera selaras dengan matlamat asal TH iaitu untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.

Tetapi semua telah dijual balik kepada syarikat milik bukan Bumiputera dengan harga RM170 juta.

TH Plantations mengaku mereka akan mengalami kerugian dengan penjualan hari ini tetapi mereka kata mereka terpaksa menjual untuk mengurangkan kos hutang.

TH Plantations mula mengalami kerugian teruk sejak tahun 2018 sehingga kini. Sebelum ini TH Plantations tak pernah rugi.

Bermula 2018, TH Plantations mula rugi sehingga terdesak menjual tanah dan ladang semasa harga rendah.

Ladang yang dijual hari ini telah mengeluarkan Buah Tandan Segar (BTS) sebanyak 52,040 tan tahun lepas.

Jika harga BTS ialah RM500 satu tan, 52,040 tan sudah boleh menjana pendapatan RM26 juta setahun.

Namun, TH Plantations kata ladang itu berpotensi mengeluarkan 160,360 setahun atau bersamaan dengan pendapatan RM80.2 juta setahun (jika harga BTS RM500 satu tan).

Hakikatnya, jika asyik dijual apa lagi yang akan dimiliki TH nanti?  

No comments:

Post a Comment